Sabtu, 19 Jun 2010

Keindahan Pulau...

Aku merupakan anak jati Kuala Besut...Namun sungguh malang kerana tidak pernah menjejakkan kaki ke Pulau Perhentian.Kalau diikutkan, perjalanan ke Pulau Perhentian dari Jeti Kuala Besut cuma memakan masa 30minit menggunakan bot laju...

Tanggal 1 Mei 2010, aku merancang perjalanan ke Pulau Perhentian bersama rakan-rakan zaman persekolahan aku.Dina,Arissa,Zara dan aku. Seawal 7.00 pagi kami bertolak ke Jeti Kuala Besut yang hanya memakan masa 5minit dari rumah. Di Terminal Pelancongan Kuala Besut kelihatan agak rancak dengan peniaga-peniaga yang baru nak memulakan operasi.Terdapat juga beberapa buah bas pelancongan yang baru tiba yang membawa pelancong-pelancong luar negara.Aku yakin yang mereka mempunyai hasrat yang sama macam kami iaitu untuk bercuti di Pulau Perhentian.

Jam 7.30 am aku dan rakan-rakan dibawa oleh sepupu aku Amat menaiki bot laju kepunyaan Pak Ngah.Bot ini boleh memuatkan 12 orang penumpang. Terasa debaran di dada memandangkan sudah agak lama aku tak naik bot laju.Untuk keselamatan kami memakai jaket keselamatan yang dibekalkan....Setelah semua penumpang selesa dengan kedudukan masing-masing, Amat menghidupkan enjin bot...nampak cam susah. Tak sampai 10 minit..bot kami dah meluncur laju membelah sang ombak...angin yang menderu menyapa muka kami. Saat ini seribu keindahan yang dapat aku rasakan walaupun perjalanan ke Pulau Perhentian baru saja bermula.

Setelah hampir 20minit dilambung ombak,akhirnya kami tiba di destanasi.Dari kejauhan lagi telah dapat kulihat batapa indahnya ciptaan tuhan.Dengan pantai yang memutihbak hamparan,air laut yang jernih,batu karang yang pelbagai rupa bentuk,yang sangat jelas kelihatan memberikan 1000 kedamaian buat kami semua. Hilang segala masalah yang bersarang di kotak fikiran...masing-masing tersenyum girang.

Asal Usul "Terengganu"

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.....

Terima kasih kepada tuan,puan,adik,kakak,makcik,atuk,nenek dan semualah yang sudi menjenguk blog saya....

TERENGGANU!!!
Memang aku bangga menjadi anak Terengganu. Walaupun aku sering di label sebagai rakyat Kelantan oleh teman-teman yg salah menafsir,tapi aku pantas menafikan. Mereka tidak harus dipersalahkan...Memang sebagai anak nelayan di Kuala Besut aku berdialek serupa masyarakat Kelantan...Namun itu bukanlah penghalang untuk aku berbangga dengan negeri kelahiranku sendiri...TERENGGANU DiHATIKU....

Setelah sekian lama berada diperantauan, kini aku kembali ke Terengganu untuk menabur jasa dan bakti untuk negeri tempat tumpah darahku...Sebagai anak Terengganu aku yakin akulah yang lebih mengetahui segalanya tentang Terengganu...namun sangkaan ku meleset...aku masih belum benar-benar mengenali negeri kelahiranku...TERENGGANU...bagaimana agaknye ia bermula.....JOm!!!kita siasat....

Menurut Laman Web Rasmi Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu, nama Terengganu dikaitkan dengan terangnya anu, taring anu dan terengan nu.
Kisah asal nama Terengganu ini melibatkan penduduk luar Terengganu dan juga dari penduduk Terengganu sendiri. " Terangnya ganu " ini dikaitkan dengan peristiwa beberapa orang pelajar Kelantan tiba di kuala yang kini dipanggil Kuala Terengganu melihat pelangi di langit. Mereka pun menyatakan " terang sungguh ganu di sini ". Apabila pulang ke Kelantan mereka menyatakan di negeri jiran sungguh "terang ganunya ".

Sementara itu " taring anu " dikatakan berasal daripada cerita yang dikisahkan oleh Sultan Terengganu yang kesembilan, Baginda Omar ( 1839 – 1876 ). Sebelum wujud nama negeri Terengganu, satu rombongan Pahang telah datang memburu di kawasan hulu. Apabila mereka tiba di satu tempat ( kini dikenali dengan Sungai Terengganu Mati ), salah seorang daripada rombongan itu berjumpa sebatang taring. Beliau pun bertanya kepada temannya, taring apa? Salah seorang daripadanya menyatakan – "Taring anu " kerana ia tidak dapat mengingatkan nama taring tersebut. Tidak lama kemudian, di antara mereka di dalam rombongan ini dapat memburu seekor rusa. Apabila dibawa pulang ke tempat mereka berkhemah, salah seorang daripada mereka bertanya tempat rusa itu diburu. Mereka yang berkenaan menyatakan berburu di "Taring anu ". Begitu juga apabila membawa pulang kayu gaharu dan ditanya tempatnya, mereka menyatakan di " Taring anu". Lama kelamaan dikenali dengan Terengganu.