Sabtu, 19 Jun 2010

Keindahan Pulau...

Aku merupakan anak jati Kuala Besut...Namun sungguh malang kerana tidak pernah menjejakkan kaki ke Pulau Perhentian.Kalau diikutkan, perjalanan ke Pulau Perhentian dari Jeti Kuala Besut cuma memakan masa 30minit menggunakan bot laju...

Tanggal 1 Mei 2010, aku merancang perjalanan ke Pulau Perhentian bersama rakan-rakan zaman persekolahan aku.Dina,Arissa,Zara dan aku. Seawal 7.00 pagi kami bertolak ke Jeti Kuala Besut yang hanya memakan masa 5minit dari rumah. Di Terminal Pelancongan Kuala Besut kelihatan agak rancak dengan peniaga-peniaga yang baru nak memulakan operasi.Terdapat juga beberapa buah bas pelancongan yang baru tiba yang membawa pelancong-pelancong luar negara.Aku yakin yang mereka mempunyai hasrat yang sama macam kami iaitu untuk bercuti di Pulau Perhentian.

Jam 7.30 am aku dan rakan-rakan dibawa oleh sepupu aku Amat menaiki bot laju kepunyaan Pak Ngah.Bot ini boleh memuatkan 12 orang penumpang. Terasa debaran di dada memandangkan sudah agak lama aku tak naik bot laju.Untuk keselamatan kami memakai jaket keselamatan yang dibekalkan....Setelah semua penumpang selesa dengan kedudukan masing-masing, Amat menghidupkan enjin bot...nampak cam susah. Tak sampai 10 minit..bot kami dah meluncur laju membelah sang ombak...angin yang menderu menyapa muka kami. Saat ini seribu keindahan yang dapat aku rasakan walaupun perjalanan ke Pulau Perhentian baru saja bermula.

Setelah hampir 20minit dilambung ombak,akhirnya kami tiba di destanasi.Dari kejauhan lagi telah dapat kulihat batapa indahnya ciptaan tuhan.Dengan pantai yang memutihbak hamparan,air laut yang jernih,batu karang yang pelbagai rupa bentuk,yang sangat jelas kelihatan memberikan 1000 kedamaian buat kami semua. Hilang segala masalah yang bersarang di kotak fikiran...masing-masing tersenyum girang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan